da mula terasa sintom2 morning sickness ni..kalo ikut kan memang tak larat rasa nya.. tapi bila fikirkan ganjaran nya suatu hari nanti..allah je tau prsaan..
ni nak bagitau ckit psal Morning sickness. ia adalah yang disebabkan oleh hormon ibu mngandung. Jadi, ia tidak semestinya terjadi pada waktu pagi sahaja. Kebanyakan wanita akan mengalami alahan ini mulai awal mengandung sehingga maksima minggu ke-10 dan sepatutnya minggu ke-14 sudah tiada lagi masalah ini. Namun, ada juga yang mengalaminya sehingga hari kelahiran. Memandangkan ia sejenis alahan, jadi tidak semua wanita mengalami masalah ini.
---untuk kes aku ni...kerap kali jadi waktu malam..time tu la nak bluerrrkkk3 nya...
pemakanan pun kena jaga jugak.. tak bley nak main mkn je..kuantiti pun kena skit..sebab takut nanti lain jadi nye...hhmmm..camne nak makan..bru tgk mknan da mual..bila makan lagi la mual..nasib tak mntah je...
cari punya cari..jumpa la jugak tip-tip untuk mengurangkan rasa mual ni.. harap ia mampu atasi masalah aku ni..
klik sini untuk melihat tip2..
klik sini
1. UBAH TABIAT MAKAN
Perkara utama yang perlu dilakukan ialah kerap makan. Apabila anda makan dengan kuantiti yang kecil tetapi kerap, perut akan sentiasa penuh. Oleh itu, masalah loya tidak akan timbul.
2. SNEK
Apabila anda berasa mual, kunyahlah beberapa keping biskut kraker. Kemudian, rehat kira-kira 20 minit. Keadaan ini dapat menghindarkan rasa mual daripada menjadi lebih teruk.
3. KEKAL HIDRAT
Penting untuk anda kekal hidrat sewaktu hamil. Jika minum banyak air di antara waktu makan, anda sebenarnya memenuhkan perut dan ini boleh mengelakkan muntah. Anda digalakkan sentiasa membawa sebotol besar air dan minum secara kerap sepanjang hari.
4. ELAK MAKANAN TERTENTU
Bagi mengelakkan rasa loya, anda perlu tahu dan kenalpasti makanan yang boleh menimbulkan rasa loya. Oleh itu, anda perlu mengelakkan makanan tersebut. Selain itu, anda juga perlu elakkan makanan berlemak, bergoreng, berempah dan berasid kerana ia boleh menganggu sistem penghadaman anda. Makanan yang mengandungi halia adalah terbaik untuk mengatasi masalah loya.
5. MINUM AIR HALIA
Halia adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai banyak khasiat. Salah satunya ialah dapat melegakan rasa loya dan muntah. Jadi, anda boleh minum teh halia buatan sendiri bagi menghilangkan rasa loya yang dialami.
harap-harap ianya akan berakhir dengan cepat..
tak sabar nak tunggu apa yang akan terjadi seterusnya..
rasa nya itu je la buat masa ni.. bye2.. salam..
*_*
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment